KUALA LUMPUR: Adakah hak asasi di negara kita hanya untuk penjenayah?
Itu pertanyaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang selama ini mendiamkan diri berikutan bidasan dan
kritikan pedas oleh pelbagai pihak ekoran kenyataannya bahawa anggota
gangster seharusnya "ditembak dahulu" sekiranya ada bukti, akhirnya
membalas kritikan tersebut di laman Twitternya hari ini.
Ahmad Zahid menerima kritikan hebat selepas sebuah portal berita memuat
naikkan sebuah klip video ucapan beliau yang dirakam di sebuah majlis
taklimat keselamatan di Melaka pada Sabtu.
Di dalam video
tersebut, Ahmad Zahid didakwa berkata bahawa 28,000 daripada 40,000
anggota kumpulan haram atau gangster terdiri dari kaum India dan adalah
tidak salah untuk menahan mereka.
“Bagaimana pula keadaan
mangsa rompak, mangsa bunuh semasa tembakan? Ramai daripada mereka
adalah dari kaum Melayu. Kebanyakan mereka adalah bangsa kita (Melayu).
“Saya fikir jalan terbaik adalah kita tidak perlu lagi berkompromi
dengan mereka (gangster). Tidak perlu memberikan amaran lagi kepada
mereka. Jika kita dapat bukti, kita tembak dahulu.”
Beliau
turut didakwa berkata bahawa kumpulan penjenayah Tiga Line, yang
disenaraihitamkan oleh polis dalam pertubuhan haram adalah
"kawan-kawan".
Tindakan beliau dikritik oleh pelbagai pihak termasuk pihak Majlis Peguam.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menyifatkan Ahmad Zahid
sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan kerana bertindak membatasi
undang-undang.
Berikutan kejadian itu, DAP telah membuat dua laporan polis terhadap Ahmad Zahid. astroawani.com
No comments:
Post a Comment