PENANG – Dua belas premis makanan kotor termasuk sebuah kilang roti
diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang setelah gagal mematuhi
peraturan kebersihan.
Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan)
Ku Nafishah Ku Ariffin berkata hasil risikan dan maklumat awam mendapati
amalan penyediaan roti di kilang di Bayan Baru itu tidak memenuhi
standard kebersihan yang ditetapkan selain menggunakan peralatan kotor.
“Selain kebersihan premis tidak memuaskan, pekerjanya juga tidak memakai
pakaian pengendali makanan lengkap seperti topi dan sarung tangan,”
katanya pada sidang media di sini Rabu.
roti
Beliau berkata dalam ‘Ops Food Court’ selama tujuh jam berakhir pukul 1
pagi itu, sebanyak 115 premis makanan diperiksa dan sebilangan besar
pemiliknya mempunyai kesedaran tinggi mengenai tatacara penyediaan
makanan yang betul berikutan operasi seumpama itu kerap dilakukan dari
semasa ke semasa.
Katanya daripada jumlah itu hanya sebuah premis diarah tutup bagi Daerah
Seberang Perai Tengah (SPT) serta Seberang Perai Selatan (SPS) manakala
Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya masing-masing lima buah.
“Antara kes lain yang dikesan adalah terdapat najis tikus serta lipas di
dalam premis, bahan makanan diletakkan di atas lantai serta peti sejuk
tidak berfungsi,” katanya.
Ku Nafishah berkata premis terbabit diarah tutup dalam tempoh 14 hari
mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan mereka harus menjalankan kerja
pembersihan sebelum diperiksa sekali lagi dan dibenarkan berniaga
semula.
Dalam operasi itu pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan 55 kompaun
berjumlah RM4,600 atas kesalahan tidak menyediakan perangkap minyak pada
saluran buangan dari dapur dan tidak mempamerkan lesen perniagaan.
Orang ramai boleh menghubungi jabatan itu di talian 04-2017277 jika
mempunyai sebarang aduan melibatkan premis makanan kotor di negeri ini…
lapor Bernama
Tapi tak detail laporan tu.. baca apa yang Kosmo siarkan di bawah ni..
Sumber
No comments:
Post a Comment