Penyampai popular Hot FM Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI
membuat kejutan kepada peminat dan pendengar stesen radio milik Media
Prima itu apabila mengumumkan perletakan jawatannya ketika bertugas.
Perkara itu dimaklumkan beliau ketiga bertugas dalam segmen Hot FM Am
Krew kira-kira pukul 8.45 pagi tadi bersama rakan setugasnya AG.
“Banyak kenangan dan kejayaan telah saya perolehi sepanjang berada di
Hot FM, Oleh itu, saya Faizal Ismail hari ini akan meletakkan jawatan
sebagai penyampai Hot FM,” katanya dalam siaran itu pagi tadi.
AG yang bertugas bersamanya dengan nada terkejut bertanyakan Faizal akan kebenaran pengumumannya sebelum lagu diputarkan.
Selepas pengumuman itu, Hot FM menukar siaran lagunya kepada Lagu Jangan
Tinggal Daku, Jangan Diucapkan Selamat Tinggal dan beberapa lagu
berunsur sedih.
Pengumuman itu seperti sudah dijangka kerana topik perbualan pada hari
ini ialah berkenaan soal hati dan mereka hanya memainkan lagu yang
berkaitan dengan hati.
Selepas itu, hanya AG yang mengendalikan konti Hot FM tanpa suara Faizal
kedengaran lagi kemungkinan bertemu bos mereka Seelan Paul selepas
beliau mendengar pengumuman Faizal itu tadi.
Itu rasanya adalah kali pertama seorang penyampai popular membuat
pengumuman akan meletakkan jawatan ketika bertugas dan ternyata ia
mencetus kejutan dalam kalangan peminat dan pendengar Hot FM.
Kemungkinan Faizal ada ‘job’ menarik agaknya yang hendak diberikan fokus, apa pun selamat berjaya
Sumber

No comments:
Post a Comment