Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri
Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang
mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar’iah dilaksanakan di negara ini
dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei
kerana takut tangan mereka dipotong.
Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat
Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu
datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan
merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah
Undang-Undang Jenayah Syar’iah sehingga kehormatan, wang ringgit dan
nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat.
Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan
bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman
silam, yang sebelum hukuman jenayah syar’iah dilaksanakan adalah penuh
dengan jenayah curi, rompak dan bunuh.
Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab
Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas
daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin.
“Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata
pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun,
berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta
jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi menghadkan
pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan.
“Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara,
bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ,” ujarnya
sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi
penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah.
Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu
sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak
pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti
kita keliru, serunya.
“Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk
meragui Undang-Undang Allah? Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk
kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” nasihat Yang
Berhormat Pehin Mufti Kerajaan. Yang membuat kita Kuat adalah Doa. Yang
membuat kita Dewasa adalah Masalah. Yang membuat kita Maju adalah Usaha
Keras. Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa. Yang membuat kita
Semangat adalah Harapan dan Impian. Yang membuat kita menjadi yang
Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak
Sujud dan mengingati Allah Azza Wa Jalla.
Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada
kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi
sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah
kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali
kesihatan dan keamanan.